Hi semua...!
Apa khabar?? harap2 anda semua sihat hendaknya....amin
Okeh, cite terbaru teha skang nie....TIDAK SIHAT!!!
urm, camtu lah nampak nyer makin hampir nak exam, mule lah kesihatan terjejas.
Tapi, mungkin silap sendiri jugak kot, minggu lepas banyak giler makan durian dan makan ice cream....urm, mmg carik penyakit la kan, hehe
Tapi, takpe...sakit ni kan satu rahmat, think positive..think positive ok! ;)
Selain itu, malam ni tiba2 plak rasa nak update blog.....lama gak termenung pikir nak tulis cite per,redah je lah..... so, mula lah menaip tanpa hala tujuan..haha
Entry kali ni teha nak kongsi beberapa perkara dengan anda semua...jom teman teha berfikir!
antara perkara nyer, adalah:
sakit itu satu rahmat
okeh! cite nyer camni...bila tgh sakit nie, of coz lah rasa sakit kan..tak kan rasa strawberry plak,tol tak?? tapi nak dijadikan cerita...dalam pada sakit2 nie, ada gak perkara manis atau indah yang terjadi dekat kita yang tak terjadi masa kita sihat..paham tak?
ok2, contohnya...
semasa kita "menderita" sakit....masih ada lagi perkara baik yang berlaku pada diri kita yang mungkin atau sememangnya boleh mengurangkan rasa sakit dalam diri kita yang berlaku secara 'direct' mahupon 'indirectly'...
Teha percaya perkara ni terjadi dekat semua org...tuhan kan maha adil, bila dia beri sesuatu pasti dia akan tarik sesuatu, begitu jugak sebaliknya..mungkin, bila kita sakit..orang akan ambil berat soal kita..atau lebih ambil berat soal kita dari hari2 yang lain..itu kan satu rahmat! lebih2 lagi kalau org tu adalah org yang special bagi kita...best sgt!! haha
selain itu, dosa2 kecil kita juga mungkin akan di ampunkan..insyaALLAH, sebab selalu nya org sakit nie..akan selalu ingat kat tuhan, contohnyer, kalau meraung sakitkan sesuatu pasti cakap "ya ALLAH, sakitnya!"..so, dalam erti kata lain,mengingati tuhan itu adlh satu rahmat..kerna ALLAH pasti akan merahmati hamba yang mengingati nyer....insyaALLAH...
Okeh, itu soal sakit....perkara yang ke dua yang teha nak kongsikan dengan anda semua malam nie ialah soal perasaan...ha! kita layan jiwang sikit malam nie, baru best! hehe
Soal perasaan atau perasan!
Dua2 perkataan ni..bunyi dan ejaan nya seakan-akan sama, namun maksudnya amat lah berlainan..maka natijahnya juga pasti amat berbeza...
kalau difikir-fikirkan, bukan kah perasan itu pon satu cabang perasaan jugak??
So, apa masalahnyer kan??
Tapi, apa yang cuba teha nak kongsikan adalah, manusia sering kali lupa perasan itu juga satu perasaan walaupon mungkin ia bersifat negatif...apa yang menyedihkan ialah tatkala seseorang itu berperasaan perasan...perasaan itu tidak dihargai malahan ia tidak dianggap sebagai satu perasaan. KEJAMMMMMMM....!
Sedangkan, manusia sering bertalu-talu mengatakan dan bersetuju soal perasaan itu harus diambil kira...penting kot!
contohnya,
dalam satu hubungan cinta tiga segi....A dan B merupakan pasangan kekasih namun di sebabkan sifat dan sikap A yang terlalu mesra dengan C membuatkan C perasan dengan A....secara logiknya, jika ditanya dengan ramai org...hanya perasaan cinta A dan B sahaja yang akan diambil kira tapi tidak perasaan C...ye lah, sapa suruh kau perasan kan? ha, padan muka!
ini lah yang selaLu berlaku dalam kehidupan kita...
tapi, pernah tak kita terfikir yang C juga ada perasaan...hanya kerana dia dilebelkan sebagai 'perasan', harga dan nilai cinta nya pada A tidak dihargai...sedangkan mungkin cintanya terhadap A lebih hebat dari cinta B terhadap A...
pernah atau tidak org memahami perasaan C..?
pernah atau tidak org menyelami perasaan C..?
dan
pernah atau tidak org menghargai perasaan C...?
tidak pernah, kenapa?
kerana perasaan itu hanya sekadar perasan!
mungkin perkara ini tidak penting atau hanya perkara picisan yang berlaku dalam hidup kita..tapi sedar atau pon tidak, ini bukan soal yang enteng bg sesiapa yang berada dalam situasi C yang menganggap perasan itu satu perasaan yang amat indah...cuba anda renung2 kan, mungkin anda juga akan merasainya suatu hari nanti...jadi, tidak salah kan kalau kita sediakan payung sebelum hujan...payung pon tak lah mahal sangat skang nie..motifff kedekut?? haha
inilah perkara2 yang tiba2 terlintas difikiran teha malam nie...
hanya sekadar berkongsi , selebihnya terserah pada anda untuk mentafsir sejauh mana kebenaran penulisan ini...
hurmmm, sementara anda semua berfikir...
better kalau teha tidur dulu kan..hehe
hari pon dah larut malam........esok banyak lagi tugas yang menunggu, dah la badan tak sihat..aduiii
pape pon, thx semua sbb sudi teman teha malam nie...
dan jangan lupa jaga kesihatan anda, perasaan anda dan orang lain...
semoga bertemu lagi, selamat malam! ;)