Tatkala hati mula berbicara.......

Hi!
selamat datang ke bicara hati,
semoga paparan karya ini mampu memberikan seribu kemanisan dan kebaikan kepada anda semua...
Sejujurnya, tatkala hati mula berbicara, bibir bagaikan terkunci..kerana itu, berbicaralah melalui hati kerna ia pasti suci....


Tuesday, June 8, 2010

Ketika suatu malam...

Malam ini aku rasa sunyi sangat...hanya fikiran dan minda sahaja yang sibuk berfikir dan berfungsi, sedangkan hati ini umpama sudah mati..ye ke? mungkin la...

Urmmm, dah banyak perkara yang aku fikirkan dan sudah banyak isu yang aku resahkan tapi akhirnyer tetap tidak aku temui sebarang jawapan..malahan seribu satu soalan bertalu talu mengetuk dinding-dinding minda ku.. sikit lagi nak pecah ni, huhu..sabar je la!
tapi aku sendiri tak tau apa yang aku hendak sebenarnyer..aku memiliki pelbagai pilihan, namun tetap aku tidak rasa 'happy' atau rasa 'sempurna'..kenapa kah?? aduiiii

'Manusia tidak pernah puas dengan apa yg mereka miliki', semua orang pernah dengar petikan atau ayat ini, betol ..memang betol, aku setuju sangat! sbb itu kita d gelar manusia, penuh dengan nafsu dan ketidakpuasan hati...asyik meminta tapi tidak pernah mensyukuri, asyik mengeluh tapi jarang skali berusaha dan yang paling terok, sentiasa tidak pernah puas dengan pemberian yg maha berkuasa....lihatlah, bertapa teroknyer objek yang bergelar manusia, termasuklah diri aku sendiri.

Entahlah, kadang2 aku rasa diri ini sangat kekurangan tapi bila di fikir2kan semula, ada insan yang lebih kurang dari aku, tapi mereka happy je, tapi mana lah aku tau kan? pandai2 je, ntah2 dorang pon susah gak....bahu yang memikul lebih berat dr mata yang hanya mampu melihat itupon sekadar dari jauh, tak bagi kesan pon kat mereka...beban tetap mereka galas tanpa belas.

Sudah lama aku tidak menulis, meluahkan apa yang aku rasa...sedangkan itulah objektif aku buka blog ni, sbb aku rasa tulisan ini lebih jujur dari kata2 yang keluar dr mulut aku, bukan apa kadang2 terpaksa menjaga hati banyak pihak atau pon kadang2 tak terkeluar kat mulut...ntahlah, better tulis kot...

Aku mahu menjadi yang terbaik, terutama terbaik untuk diri aku sendiri kemudian barulah terbaik untuk orang lain..aku usaha tapi ntah lah, mungkin usaha aku belom lagi membuahkan hasilnya...kene tunggu lagi kot, tapi menunggu ni penat tau..umpama macam lari kat padang 100 pusingan, huhu...kejam sangat bunyi nyer! hahaha

Walau ape pon, tulisan aku kali ni...tidak bermaksud apa2...aku hanya sekadar menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan ketika ini.

Satu perkara lagi, yang aku dah penat nak simpan....aku sayang dia, lebih dari apa yang dia tahu, tapi sayang dia tidak tahu, urmmm....its ok, at least aku dah luahkan kat sini, kurang sikit beban aku...so korang semua, if nak legakan hati dan minda korang yang tengah serabut tu....menulis lah macam aku, mungkin di diari, di blog atau d mana sahaja yang anda suka...as long as ia mampu mengurangkan beban korang, juz do it! ia pasti akan membantu kalian..insyaALLAH, apa yang penting?? KERJASAMA!! haha...no, apa yang penting, ia lahir dari hati kalian kerana apabila kita berbicara melalui hati , ia pasti suci...

sehingga bertemu lagi, bye!

No comments:

Post a Comment