Tatkala hati mula berbicara.......

Hi!
selamat datang ke bicara hati,
semoga paparan karya ini mampu memberikan seribu kemanisan dan kebaikan kepada anda semua...
Sejujurnya, tatkala hati mula berbicara, bibir bagaikan terkunci..kerana itu, berbicaralah melalui hati kerna ia pasti suci....


Saturday, October 23, 2010

Alhamdulillah, Thank you ALLAH :)

Assalammualaikum....holla! :))

Kali ni blog agak cepat dihupdatekan dek kerana perasaan ingin menulis yg tiba2 muncul dlm diri teha malam nie...hehe, so lets check it out!!!

Baiklah, pertama sekali seperti mana yang tertera di atas selaku tajuk post teha kali ni, teha amat amat bersyukur di atas segala limpahan rezeki dan kurnia ALLAH terhadap diri teha, Alhamdulillah...

sejak dua menjak kebelakangan nie, banyak perkara yang berlaku dlm diri teha , tidak kira lah perkara yang manis mahupon yg kurang manis, sumanya memberi impak kepada diri ini, sebab tulah kadang2 terpeliot sedikit...huhu mood pon tidak menentu, oppssss sorry ya kawan-kawan! :))

perasaan ini hadir di sebabkan rasa gundah gulana yang menebal dalam diri teha ni sebenarnya, ye lah nak pikir result exam, debat perpaduan, perjalanan mooting teha yang terkontang-kanting, homesick dan macam-macam lagi....TENSION!!!
Perkara ini sumelah yang menjadi duri dalam jiwa teha untuk beberapa ketika ini...sangat2 terbeban dengan perkara2 di atas.

Namun, atas limpahan rezeki dan rahmat yang Maha berkuasa..Alhamdulillah, perkara tersebut berjaya di atasi dgn selamatnya....bersyukur sgt2, sampai ada ketikanya mudah untuk mengalirkan air mata kesyukuran dan kebahagiaan.

Pertama, mengenai result exam utk sem yang lepas..Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dan teha amatlah bersyukur atas rahmat yang ALLAH kurniakan kpd teha.....bukan apa, semakin lama kita menuntut ilmu, semakin sukar perjalanan kita sebagai seorang pelajar dalam menuntut ilmu tersebut, pelbagai halangan dan cabaran harus diredah, namun akhirnya kesukaran itu membuahkan hasil yang manis buat diri teha, walaupun tidak secemerlang mana keputusan nya, tapi teha tetap bersyukur dan redha di atas segala ketentuanNya...selebihnya, utk sem-sem yang akn datang, perlulah mempergiatkan usaha dan doa...moga2 teha akan lebih berjaya, amin :))

Kedua, mengenai Debat Perpaduan. Alhamdulillah, MMU merupakan Johan Debat Perpaduan tahun 2010. Rasa macam tak percaya pon ada disebabkan terlalu sukar perjalanan kami untuk ke pentas akhir demi menjulang kejuaraan yang lama kami nanti-nantikan. Teha bersyukur di atas kemenangan yang dianugerahkan illahi kpd pasukan debat MMU, walaupun teha bukanlah pendebat yang beraksi di pentas akhir namun, jujur hati ini tetap merasakan kebahagiaan kejayaan tersebut. Tahniah kpd para pendebat senior dan teman sepasukan teha yang berjaya mengharumkan nama universiti kami di pentas kebangsaan. Alhamdulillah.

Ketiga, mengenai mooting teha yang bakal berlangsung tidak lama lagi....harap2 semuanya berjalan dgn lancar dan seperti yang dirancang. Jauh di sudut hati untuk memenangi pertandingan ini atas dasar kurangnya persiapan utk menyediakan bundle yang baik, namun teha tetap berharap agar kami berjaya melakukanya dgn baik dan sempurna , selebihnya kita tawakal kpd yang lbh berkuasa menentukannya....insyaALLAH.

Homesick!! yup, teha sgt sgt rindu kat mama teha and my family. Rasanya dah lama tak jumpa mereka...urmmmm, rindu nak mkn masakan mama, yummy!! insyaALLAH , jika berkesempatan minggu depan teha balik kampung, hehe :))

rasanya, itu shj yang teha nk hupdate kat kalian malam nie.....
sekarang pon dan lewat pagi dah, tapi yang peliknya mata nie tak ngantuk pon lagi....
teha rasa teha nak rehat dulu, mungkin nak berangan sekejap sebelum di buai mimpi indah..hehe

sekadar nak berkongsi, "menyintai seseorang itu lebih mudah berbanding utk menjadikan dia satu-satu nya insan yang kita cintai"...urm, renung2 kan ok!

selamat malam, oppsssss selamat pagi sudah.....bye2 :))

No comments:

Post a Comment